Saturday, August 11, 2012

Sudu dan Air

 
" Kacau air dengan sudu, lihat air mengikut putaran yg dibuat oleh sudu, bila sudu ditarik,
putaran itu masih ada lagi. "

- Tiap2 kali bulan posa sure ayat yg femes ni akan keluar. Walaupon dah diulang banyak kali, dah diexplain banyak kali, orang akan tetap doubt dan persoalkan sebab kejahatan, peperangan (even kt tempat yg ngaku negara islam), kezaliman, pembaziran, ke-kerat peliaran dan lain2 masih lagi berlaku di bulan yg so called mulia ni. So, something wrong dengan ayat diatas?

- Kalau ikut ayat tu, sudu = syaitonirojim, air = hati manusia. Simple. Bila air tu dikacau dgn sudu, air tu akan bergerak ikut rhythm & rangam sudu tu. Ini common punya situation. Sekarang ni cuba kita varies atau manipulatekan keadaan air tu. Contohnya, assume air tu beku ataupun terlalu beku sampai merge dgn cawan/bekas air. Agak2 kalau air tu dikacau, air tu akan bergerak x?

- Macam tu la manusia. Xsemua manusia akan ikut rentak Encik Satan. Ayat diatas ditafsirkan seolah-olah semua manusia mudah dipengaruhi oleh sweet talk setan. Benda ni jadi sebab sikap manusia tu sendiri. Manusia tends untuk blamekan atau salahkan pihak lain sedangkan semua tu salah sendiri.

- Ala, macam yg penceramah motivasi selalu sebut, 'satu jari tunjuk kt orang, 4 jari lagi tunjuk kt diri sendiri'. Hah, betoi sgt la peribahasa tu. Sampaikan kalau boleh, semua benda nk salahkan setan. Woit, setan tu hasut ja kot, tiada paksaan, tiada ugutan, tiada kompromi, manusia yg rela hati p ikut.
 
- Macam cerita Adam dgn Hawa (Adam & Eve), bukannya setan p sumbat buah terlarang tu kat Adam, Adam sendiri yg makan buah tu. Even Adam dikurniakan akal untuk berfikir, tapi akal jugak boleh kalah dengan satu lagi kurniaan Tuhan kt manusia, iaitu nafsu. Pabila nafsu menggila, its time for brain to take nap.

-The same goes to human's heart. Bila hati dah solid & kuat macam air yg beku tadi, bok mai pi la jeneral ka, commando, xkan kalah punya dgn setan. Silap2 sudu (setan) tu pon boleh patah. So, berbalik kepada persoalan kita, sapa punya kerja yg buat kerosakan kt bumi ni?

- Sudah terang lagi bersuluh, manusia punya keja la, sapa lagi. Manusia kan ada nafsu, bila dah kalah dgn nafsu, even time bulan posa, manusia akan tetap buat kejahatan. Manusia tu sendiri la setan. Kan selalu kita dengar, "Hang ni jahat macam setan!!". Betoi la tu, 'hang' tu la yg setan. Kita selalu bayangkan yang setan ni umpama satu lagi makhluk external yg bertanduk, berekor, dan macam macam lagi, sedangkan manusia tu la 'setan', sebab dah tertanam sifat2 setan pada empunya badan. Ada pulak yg gambarkan setan ni siap pakai boxer lagi. Yang pegang tongkat sakti macam kt jersi menyu pon ada. Pastu xpasai2 baju tu kena harom utk pakai semayang. Maybe orang yg haromkan tu dah biasa tengok setan hidup2 kot?

Agak agak kalau buat macam ni harom x?