Friday, October 26, 2012

Korban & Sembelih



- Korban ni apa dia? Yang aku paham korban ni ialah bila kita give away benda favourite kita or benda yang kita sayang. Give away pulak boleh jadi kita buang terus untuk tujuan kebaikan or bagi kepada yang lebih memerlukan. Contohnya, sorang calon SPM yg buang semua majalah hiburan dia dengan niat nak fokus kat SPM. Itu adalah contoh pengorbanan yg simple.

- Korban ni berlaku sepanjang masa. Bukan time Hari Raya Korban ja. Contohnya korban wang, masa & tenaga. Yang paling obvious skali ialah pengorbanan mak bapak kita kat kita yang xpernah henti2 sampai sekarang. Tu pon kalau kita perasan la.

- Apa yang aku perhati time raya korban ni, ramai orang p beli lembu, kambing or ayam then p sedekah kat masjid/surau untuk dibuat korban. Pada aku, ni bukan korban, sebab xdak pon ciri2 pengorbanan. More towards sedekah. Kalau betoi nak korban, p bela lembu, kambing or ayam tu beberapa tahun, sampai sihat kaw2 punya, pastu baru p sedekah kat masjid. Tu baru korban. Kita give away benda yang kita sayang. Kalau takat p beli pastu bagi kt masjid, no wonder la lembu2 time nk korban semua slim2 belaka.

- Ok setel bab korban. Proceed ke bab sembelih. Sembelih ni apa plak? Sebab apa aku letak quote dalam tweet ak? Ni yang aku tweet semalam

'Sembelihlah' 'binatang peliharaan' yang kamu sayang

- Untuk pengetahuan semua, even ramai yg dah taw, dalam certain buku kadang2 diselitkan ayat yang ada quotation mark, nak habaq yang ayat tu ada maksud tersirat atau pun double meaning. Dalam Holy Book kita, terlalu banyak quotation mark kalau kita nak letak satu satu, plus quotation mark tu sangat invicible sampai ramai yang xkaji maksud tersirat or makna disebalik ayat2 tu.

- Contohnya, 'sembelih' tu artinya potong, buang, eliminate dan sebagainya manakala 'binatang peliharaan' pulak artinya sifat2 kebinatangan yg kita bela selama ni such as tamak, panas baran, malas dan lain2. Dan of course semua sifat2 tu kita sangat sayang untuk buang. Sebab tu la, time raya korban ni, mengingatkan diri kita untuk 'sembelih' semua sifat2 yg xelok tu.

- Apa yang diamalkan sekarang adalah yg tersurat semata2, iaitu sembelih lembu or kambing yg kita sayang. Tu pon, due to just beli & bagi, maksud tersurat ayat tu pon xtercapai, apatah lagi yang tersirat. Kalau dapat amalkan yg tersurat pon da cukup baguih, pastu bole la proceed ke yang tersirat pulak. Ini baru bab korban, bab lain pulak cmna? Solat? Puasa? Kita buat yg tersurat or yg tersirat? Or xbuat langsung?









Saturday, August 11, 2012

Sudu dan Air

 
" Kacau air dengan sudu, lihat air mengikut putaran yg dibuat oleh sudu, bila sudu ditarik,
putaran itu masih ada lagi. "

- Tiap2 kali bulan posa sure ayat yg femes ni akan keluar. Walaupon dah diulang banyak kali, dah diexplain banyak kali, orang akan tetap doubt dan persoalkan sebab kejahatan, peperangan (even kt tempat yg ngaku negara islam), kezaliman, pembaziran, ke-kerat peliaran dan lain2 masih lagi berlaku di bulan yg so called mulia ni. So, something wrong dengan ayat diatas?

- Kalau ikut ayat tu, sudu = syaitonirojim, air = hati manusia. Simple. Bila air tu dikacau dgn sudu, air tu akan bergerak ikut rhythm & rangam sudu tu. Ini common punya situation. Sekarang ni cuba kita varies atau manipulatekan keadaan air tu. Contohnya, assume air tu beku ataupun terlalu beku sampai merge dgn cawan/bekas air. Agak2 kalau air tu dikacau, air tu akan bergerak x?

- Macam tu la manusia. Xsemua manusia akan ikut rentak Encik Satan. Ayat diatas ditafsirkan seolah-olah semua manusia mudah dipengaruhi oleh sweet talk setan. Benda ni jadi sebab sikap manusia tu sendiri. Manusia tends untuk blamekan atau salahkan pihak lain sedangkan semua tu salah sendiri.

- Ala, macam yg penceramah motivasi selalu sebut, 'satu jari tunjuk kt orang, 4 jari lagi tunjuk kt diri sendiri'. Hah, betoi sgt la peribahasa tu. Sampaikan kalau boleh, semua benda nk salahkan setan. Woit, setan tu hasut ja kot, tiada paksaan, tiada ugutan, tiada kompromi, manusia yg rela hati p ikut.
 
- Macam cerita Adam dgn Hawa (Adam & Eve), bukannya setan p sumbat buah terlarang tu kat Adam, Adam sendiri yg makan buah tu. Even Adam dikurniakan akal untuk berfikir, tapi akal jugak boleh kalah dengan satu lagi kurniaan Tuhan kt manusia, iaitu nafsu. Pabila nafsu menggila, its time for brain to take nap.

-The same goes to human's heart. Bila hati dah solid & kuat macam air yg beku tadi, bok mai pi la jeneral ka, commando, xkan kalah punya dgn setan. Silap2 sudu (setan) tu pon boleh patah. So, berbalik kepada persoalan kita, sapa punya kerja yg buat kerosakan kt bumi ni?

- Sudah terang lagi bersuluh, manusia punya keja la, sapa lagi. Manusia kan ada nafsu, bila dah kalah dgn nafsu, even time bulan posa, manusia akan tetap buat kejahatan. Manusia tu sendiri la setan. Kan selalu kita dengar, "Hang ni jahat macam setan!!". Betoi la tu, 'hang' tu la yg setan. Kita selalu bayangkan yang setan ni umpama satu lagi makhluk external yg bertanduk, berekor, dan macam macam lagi, sedangkan manusia tu la 'setan', sebab dah tertanam sifat2 setan pada empunya badan. Ada pulak yg gambarkan setan ni siap pakai boxer lagi. Yang pegang tongkat sakti macam kt jersi menyu pon ada. Pastu xpasai2 baju tu kena harom utk pakai semayang. Maybe orang yg haromkan tu dah biasa tengok setan hidup2 kot?

Agak agak kalau buat macam ni harom x?

Thursday, July 12, 2012

Tak Dak Kerja

Pic yg dicilok kt www.utptec.com
- Atas permintaan ramai, aku pon update la belog ni setelah sekian lama menyepi. Maklumlah, amatur lagi, idea pon xbanyak lagi, masa pon xbrapa mengizinkan.

- Ok, abaikan intro yg gedik, now go straight to da poin. Bila dah xdak keja, kena lah cari keja kan? Pada 10-11 July yg lepas, career fair atau dgn lebih tepat lagi Technology, Education & Career telah pon dilaksanakan dgn jayanya di UTP. Ramai student dari budak sekolah sampai la so called recently graduate students dari sejauh Johor & Sarawak turut join memeriahkan event ni.

- Kalau nk ikutkan, dari sekolah lagi kita dah attend career fairy fair ni, tapi sekadar suka2 nak collect pen, note book, goodie bag, lanyard serta macam2 lagi free gift. Pi dgn tangan kosong, balik banyak barang macam baru lepas shopping. So ni la bagi aku 1st time pi career fair dgn penuh muka ketat serius serta highly commitment. Kononnya la kan.

Still collect free gift


- Ada yg berpakaian casual & simple, maybe just nak survey, ada jugak yg pakai formal kalah exhibitor tu sendiri, just nak prepare untuk any walk-in interview. Bukan senang nak dapat chance camni. Apa? Soalan bocor? Based on quick survey, ini soalan yg selalu ditanya:
1) Tell me about yourself
2) What did you do during your internship?
3) Can you share with us your strength/weakness?
4) Where do you see yourself in 5 years?

- Maybe ni just walk-in interview and very early stage, so jarang la kot kena tanya pasal technical. Berpeluh la jugak kalau kena soalan technical. Aku percaya masing2 dah drop resume kt setiap booth, so hopefully ada la yang sangkut kan. Moga2 kita sama2 berjaya~

Aku yg penat cari keja, hg yg lena. Dalam helmet plak tu



Saturday, June 9, 2012

Semut Hitam, Batu Hitam, Gelap Malam


- Aku patutnya dah lama nak update blog, tapi apakan daya, lappy aku yg dibeli pada Jan 2009 kini sedang menjalani pembedahan untuk tukar chipset di level 2 wad Yik Foong, Ipoh. Problemnya ialah xboleh boot (xboleh start), kadang2 takes 2 hours untuk boot, pastu working fine.

- Setelah consult dgn Pak Cik Google serta beberapa member yg pro, ramai yg suspect sama ada motherboard, CPU or BIOS yg problem. Hantar kedai, kedai cakap motherboard, or lebih tepat lagi chipset. Aku ni memang noob sket bab2 komputer ni, bak kata member aku, aku ni bukom (buta komputer).

- Kat sini jugak aku nak ambik kesempatan untuk ucap TQ very2 much kat member aku sorang ni, yg sudi pinjamkan lappy dia kat aku. Susah woo foreveralone macam aku nak survive tanpa lappy. Entry ni pon ak update guna lappy dia. Tak lupa jugak kat roomate yg bagi aku guna pc dia untuk main game dan layan Running Man macam pc ak sendiri. Tu xtermasuk aku pow dia punya kuih samprit serta ink printer. Terima kasih banyak2.

- Walaupon aku lambat update, seems like topic ni agak valid untuk satu tempoh yg panjang. Just like isu pembaziran menjelang hari raya, kebayakkan blogger just recycle entry lama, sebab benda tu still valid and keep on happening, due to the mindset of the society.

- Bukan senang nak ubah mindset orang. Dalam Al-Furqan pon dah ada mention benda ni, so xpayah la aku nak elaborate lagi. Contohnya, penyakit alergik orang meleis terhadap Yahudi. Apa saja yg ada kaitan dgn Yahudi, konfem depa akan xsuka. Sampaikan Benayoun yg main bola pon boleh kena boo. Apa cer?

- Ok, back to the topic. Terpanjang la pulak intro aku ni. Semut hitam, batu hitam & gelap malam. Masing2 dah paham dengan jelasnya relationship between those three even semuanya gelap2 belaka. As I promise before, aku nak share story yg berkaitan dgn pic diatas. Story ni pak aku cerita kat aku, betul atau x aku pon xtaw, tapi mmg baguih untul  buat pengajaran.

"Ada sebuah kawasan kampung, yg penduduk dia xbrapa ramai. Penduduk kat situ pendapatan biasa2 ja, tapi still cukup untuk hidup. Ada pula satu mak cik ni, hidup sebatang kara, serta kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kesian punya pasai, seorang lelaki yg digelar X menghulurkan bantuan, berupa sedikit barangan dapur serta sedikit wang saku. Kata si X, jabatan kebajikan yg bagi. Jiran2 pon pelik, kenapa mak cik ni sorang ja yg dapat bantuan, kami pon bukannya hidup senang sgt. So, depa pon pakat ramai2, p la melawat jabatan kebajikan yg terdekat. Once dah melawat, barulah pegawai2 ni alert, turun padang, dan buat survey. In the end, semua dapat bantuan, termasuk si X."

- See? Tanpa perlu kecoh2, nak update status lah, tweet la, semua orang dapat menikmati suatu pemberian and at the same time, si X berjaya sembunyikan diri, macam semut hitam kat atas tu. Yang pegawai/orang yg bertanggungjawab ni pon satu. Nak kena p approach baru buat kerja, tu xkira nak proses tu proses ni lagi. Last2 habuk pon xdak. Patutnya hgpa la p approach org2 susah ni. Ini x, orang romen kt celah mana pon hgpa boleh nampak, rasuah depan mata buat bodo, rumah org bumbung berlubang pon hgpa buat bodo.

- Sebagai penutup, jadilah macam si semut hitam. Nak jadi kamen rider pon boleh jugak, tapi jgn la henshin kt public unless terpaksa.


Thursday, May 17, 2012

Pérang




- Jadi satu kerja plak nak cari huruf é, kononnya nak bezakan e taling dengan e pepet. E yang aku gunakan kat title tu adalah e taling, so kalau e pepet nanti jadi perang (war). Saja malas nak tulis 'Brown', nanti Wes Brown atau Brown Eyed Girl terasa plak.


- 2 3 hari ni adalah musim tukar DP. News feed dengan chatbox penuh dgn DP macam kt atas ni. What the heck is going on actually?


- Khabarnya, ni utk support mogok lapar di Palestin (correct me if i'm wrong). Sejauh mana kesahihannya, aku pon xtaw. So far aku xjumpa lagi link atau sumber yang boleh dipercayai. Ada kot, maybe aku yg termiss.


- So, apa effect dia? Apa significant dia? Hmm, semua tu boleh dikatakan well explained dekat status Fb yg aku kopipes dari friend aku, which is I believe yg dia pon kopipes dari satu sumber.

"My current profile picture shows a prisoner. Brown is the color of clothing enforced by the Israeli prison service on the Palestinian prisoners. The purpose of changing this DP is just to spread the awareness about our brother and sister being prisoned in Israel and currently on Hunger Strike. Changing this DP cannot help them at all but one thing for sure is people will notice about what happen and perhaps all muslims can give their doa for them. That will change something."

- Memandangkan benda ni free, simple, & yang paling penting, DAPAT PAHALA, generally orang xkan berfikir panjang dan terus tukar DP tanpa selidik dan verify the actual story. Maklumlah, meleis ni kan suka pahala.

"So, salahkah aku nak tolong saudara aku di Palestin?"

- Aku xcakap pon salah, bagus la tu tolong-menolong, but thats not the matter right now.

- Macam yang aku mention dulu, orang yang buat kebajikan/kebaikan semata-mata pahala, adalah ibarat pergi class semata-mata attendance, lagi pentingkan reward rather than pengisian.


- I'm not talking shit, benda ni dah proved masa kes yang malaikat turun kat atas Kaabah dulu, kalau xsilap masa pertengahan tahun 2010, sebab time tu aku belum intern. Habeh keluar semua segala Subhanallah, Masyaallah. In the end, semua kena tipu.


- See, betapa mudahnya untuk meleis2 percaya tanpa kaji selidik, espcially soal kebesaran. Tak salah nak memuji-muji, kalau ya pon verify la dulu. Time buat thesis pandai pulak verify sana verify sini.


- Yang terbaru, muncul pulak pic macam ni kat bawah ni. So, in the end, yang mana betul? Yang mana salah? Pandai-pandai la verify sendiri. Bawah pic tu ada description dia.


 
" Tinggalkan gambar2 bentuk macam ni. Ini menunjukkan sesiapa yang menggunakan gambar2 ni dalam profilenya menunjukkan dia adalah tawanan zionis israel, kain penutup dimata memberi maksud kita tidak melihat apa2 kekejaman zionis israel terhadap umat islam. tag perkataan yg tertulis adalah tulisan yahudi. maka, tukar secepat mungkin gambar2 ini. harap maklum. "


p/s: Kebebasan untuk tukar DP adalah hak milik setiap insan

Monday, May 14, 2012

Man City, Real Madrid, Juventus, Borussia Dortmund serta yg sewaktu dengannya

Disebabkan kebanyakan liga eropah berakhir semalam, maka 1st entry aku pon kena cerita pasal bola la. Layout blog pon xtukar lagi.

Premier League
- Diakhiri dengan penuh dramatika
- Tamat 1st half, Man City 1-0 QPR, Sun 0-1 MU. Boring punya pasai, aku pon main PES
- Minimize PES, min 75, Man City 1-2 QPR, Sun 0-1 MU. Sambung main PES balik
- Minimize lagi, min 85, Man City 1-2 QPR, Sun 0-1 MU. Sambung main PES lagi
- Last2, Full time, Man City 3-2 QPR, Sun 0-1 MU. Memang Man City ni pandai buat suspension betol

Kan bagus kalau aku stay lagi satu season. Boleh menang Europa Cup - De Gea
- Setelah menang PFA Player of The Year, abang RVP sekali lagi cemerlang selepas muncul top scorer dengan 30 gol manakala top assist dimiliki oleh David Silva dengan 15 assists
- FA Cup & Carling Cup masing2 dimenangi oleh Chelsea & Liverpool
- Nasib Chelsea utk UCL sem season depan depend kt final UCL 19/May ini


La Liga
Hala Madrid

- Diungguli oleh Real Madrid lepas berjaya mengutip mata ke-100 semalam
- Real Madrid juga cemerlang lepas berjaya score 121 gol dimana trio CR7, Higuain & Benzema masing2 score 46, 22 & 21 gol
- CR7 menjadi 1st player untuk score against all team in one season
- 43.86% gol Barca dijaringkan oleh Messi, merangkap top scorer, manakala top assist ialah Mesut Ozil dengan 17 assist
- Juara Copa del Rey akan ditentukan antara loser UCL dan loser Europa pada 25/May ini
- Kejutan berlaku apabila si Yellow Submarine, Villareal menyelam terlalu dalam sampai masuk ke Segunda Division setelah stay dalam Primera Liga selama 12 tahun


Serie A
Luca Marrone dengan teammate beliau

- Juventus berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah utk season ini.
- Nothing much to say, sebab xfollow sgt Serie A ni
- Top scorer milik Ibrahimovic dgn 28 gol, top assist milik Pirlo dgn 13 assist
- Inter gagal layak ke UCL next season selepas sekadar menduduki tangga ke-6


Bundesliga
Abang JPop (baju bersih kuning) yg digosipkan dgn Man Utd
- Borussia Dortmund muncul juara dgn gap 8 point dihadapan Bayern Munich
- Dortmund juga cemerlang membenam Bayern utk menjuarai DFB-Pokal
- Nothing much to say jugak, lagi la aku xfollow liga ni
- Top scorer milik Klaas-Jan Huntelaar dgn 29 gol, top assist milik Ribery & Juan Arango dari Borussia Monchengladbach dgn 12 assist


Cukuplah cover untuk 4 liga. Takkan nak cover the whole Europe kot. Liga Super pon aku xfollow camni. Maybe sbb team aku xmasuk kot. Nak panggil aku sokong-time-menang-saja pon aku xkisah.
p/s: penat jugak nk buat entry rupanya~